Fazlina Mohd. SaniZuraidah AbdullahBambang Sumintono2024-04-012024-04-012023-03-062601-0011https://ejournal.um.edu.my/index.php/PEMIMPIN/issue/view/2176https://hdl.handle.net/20.500.14576/200Adalah menjadi visi MARA untuk memperkasakan sumber manusia secara holistik sebagai persediaan melahirkan tenaga kerja profesional dan berkemahiran tinggi. Untuk mencapai matlamat ini, budaya bekerja secara individu perlu digantikan dengan gerak kerja kolaboratif melalui satu konsep yang tidak asing lagi iaitu konsep ‘Komuniti Pembelajaran Profesional’ (KPP). Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka tahap pelaksanaan KPP dalam populasi sepuluh Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Malaysia. Menggunapakai reka bentuk kajian kes kualitatif, data dikumpul melalui teknik temu bual separa berstruktur dan soalan tinjauan terbuka dengan penglibatan 16 orang pemimpin pendidikan (atau Educational Leader, EL) dan 47 orang pendidik daripada keseluruhan empat buah kolej KKTM yang dipilih secara bertujuan bagi menjayakan kajian ini. Dapatan kajian mendapati tahap pelaksanaan KPP dalam konteks empat kolej KKTM ini dapat dicirikan kepada enam dimensi iaitu 'Autonomi terkawal’, 'Kepentingan perkongsian nilai visi & misi', ‘Mengamalkan pendekatan kolektif untuk penambahbaikan', ‘Pendekatan kolektif ke arah perkongsian peribadi’, 'Sokongan dalam bentuk fizikal / perhubungan' dan 'Sokongan dalam bentuk struktur'. Seterusnya, dapatan ini berupaya memberikan implikasi praktikal dan cadangan untuk penyelidikan masa hadapan dalam melaksanakan KPP dalam konteks TVET MARA di KKTM khususnya dan Malaysia amnya.mayKomuniti Pembelajaran ProfesionalPembangunan modal sosialPembangunan modal insanMenuju komuniti pembelajaran profesional: kajian kes di institusi TVET MARA di MalaysiaArticle