ArticleOpen Access

Analisis kesahan kandungan instrumen kompetensi guru untuk melaksanakan pentaksiran bilik darjah menggunakan model rasch pelbagai faset (content validity analysis of an instrument to measure teacher’s competency for classroom assessment using many facet rasch model)

Loading...
Thumbnail Image

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Penerbit UKM

Volume

47

Issue

1

Resources

Total Views: 0Total Downloads: 0
download count data not available for this item.

Abstract

Kesahan kandungan instrument adalah penting bagi memastikan item-item yang dibina berupaya mengukur perkara yang sepatutnya diukur dan membincangkan sejauh mana item mewakili kandungan yang dimaksudkan. Kajian ini bertujuan menguji kesahan kandungan Instrumen Kompetensi Guru untuk Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (IkomGuruPBD) dengan menggunakan analisis Model Rasch Pelbagai Faset (MRPF). IkomGuruPBD terdiri daripada 56 item yang dibina berdasarkan 3 konstruk utama iaitu Pengetahuan PBD, Kemahiran PBD dan Sikap terhadap PBD. Reka bentuk kajian adalah kaedah tinjauan kuantitatif dengan pendekatan penilai berganda (multirater) menggunakan soal selidik IkomGuruPBD yang telah diedarkan kepada 12 orang panel pakar. Setiap pakar perlu menentukan tahap persetujuan mereka tentang kesesuaian setiap item dengan menggunakan skala Likert 3 mata terhadap tiga aspek penilaian bagi setiap item. Dapatan menunjukkan antara kelebihan MRPF adalah boleh menentukan tahap ketegasan penilai dan konsistensi penilai, juga mendapati dapatan respon luar jangkaan. Walaupun setiap penilai diberi instrumen, aspek penilaian dan kategori skala yang sama, namun MRPF boleh membandingkan tahap ketegasan secara individu bagi setiap penilai. MRPF juga boleh mengesan kualiti item untuk membantu pengkaji mengenal pasti item yang baik dan item yang lemah untuk ditambah baik. MRPF mempunyai kelebihan untuk memberikan maklumat yang lengkap mengenai ciri psikometrik bagi IkomGuruPBD yang diuji.

Description

Citation

Endorsement

Review

Supplemented By

Referenced By

License

Except where otherwised noted, this item's license is described as Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 4.0 International