Analisis kesahan kandungan instrumen kompetensi guru untuk melaksanakan pentaksiran bilik darjah menggunakan model rasch pelbagai faset (content validity analysis of an instrument to measure teacher’s competency for classroom assessment using many facet rasch model)

dc.contributor.authorRosyafinaz Mohamat
dc.contributor.authorBambang Sumintono
dc.contributor.authorHarris Shah Abd Hamid
dc.date.accessioned2024-04-01T08:50:24Z
dc.date.available2024-04-01T08:50:24Z
dc.date.issued2022-05-01
dc.description.abstractKesahan kandungan instrument adalah penting bagi memastikan item-item yang dibina berupaya mengukur perkara yang sepatutnya diukur dan membincangkan sejauh mana item mewakili kandungan yang dimaksudkan. Kajian ini bertujuan menguji kesahan kandungan Instrumen Kompetensi Guru untuk Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (IkomGuruPBD) dengan menggunakan analisis Model Rasch Pelbagai Faset (MRPF). IkomGuruPBD terdiri daripada 56 item yang dibina berdasarkan 3 konstruk utama iaitu Pengetahuan PBD, Kemahiran PBD dan Sikap terhadap PBD. Reka bentuk kajian adalah kaedah tinjauan kuantitatif dengan pendekatan penilai berganda (multirater) menggunakan soal selidik IkomGuruPBD yang telah diedarkan kepada 12 orang panel pakar. Setiap pakar perlu menentukan tahap persetujuan mereka tentang kesesuaian setiap item dengan menggunakan skala Likert 3 mata terhadap tiga aspek penilaian bagi setiap item. Dapatan menunjukkan antara kelebihan MRPF adalah boleh menentukan tahap ketegasan penilai dan konsistensi penilai, juga mendapati dapatan respon luar jangkaan. Walaupun setiap penilai diberi instrumen, aspek penilaian dan kategori skala yang sama, namun MRPF boleh membandingkan tahap ketegasan secara individu bagi setiap penilai. MRPF juga boleh mengesan kualiti item untuk membantu pengkaji mengenal pasti item yang baik dan item yang lemah untuk ditambah baik. MRPF mempunyai kelebihan untuk memberikan maklumat yang lengkap mengenai ciri psikometrik bagi IkomGuruPBD yang diuji.
dc.identifier.doihttp://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2022-47.01-01
dc.identifier.urihttps://hdl.handle.net/20.500.14576/198
dc.language.isomay
dc.publisherPenerbit UKM
dc.rightsCreative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 4.0 International
dc.rights.urihttps://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0/
dc.subjectKesahan Kandungan
dc.subjectModel Rasch Pelbagai Faset
dc.subjectKompetensi
dc.subjectPentaksiran Bilik Darjah
dc.subjectKetegasan penilai
dc.titleAnalisis kesahan kandungan instrumen kompetensi guru untuk melaksanakan pentaksiran bilik darjah menggunakan model rasch pelbagai faset (content validity analysis of an instrument to measure teacher’s competency for classroom assessment using many facet rasch model)
dc.typeArticle
publicationissue.issueNumber1
publicationvolume.volumeNumber47
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
Version of Record.pdf
Size:
321.84 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
3.4 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description: